Ponniyin Selvan I movie poster showing actor Sarathkumar as Periya Paluvettaraiyar and actor Parthiban as Chinna Paluvettaraiyar. In 2024, Oxford University Press published Minor Majesties: The PaluvÄ“á¹á¹araiyars and Their South Indian Kingdom of PaluvÅ«r, 9th–11th Centuries A.D ., a groundbreaking study by historian Valerie Gillet. In the book’s opening chapter, A Tentative Biography of the Paluvettaraiyars , Gillet delves into the lineage and origins of this influential fami ly. These Chola warlords traced their lineage to the formidable Maravars, an ancient warrior tribe renowned for their valor. However, I believe that while the Paluvettaraiyars were indeed of Maravar descent, they likely forged alliances through intermarriage with those of the Kallar and Agambadiyar clans, further solidifying their power and influence. Prominent figures in the medieval Chola era, the Paluvettaraiyars played a pivotal role in shaping the empire’s political and military landscape. Through st...
Mungkin ramai rakyat Malaysia sudah pun tahu bahawa kaum India mempunyai pelbagai etnik yang berdasarkan bahasa ibunda.
Kaum India di Malaysia boleh dibahagikan kepada pelbagai etnik:
Tamil
Telugu
Malayali
Punjabi
Gujerati
Kannadiga
Bengali
Marathi
Seperti yang anda sedia maklum, etnik Tamil adalah majoriti di kalangan kaum India . Kebanyakan etnik-etnik India di Malaysia adalah dari India selatan.
Kaum Tamil yang populasinya kini mencecah hampir 80 juta di seluruh dunia sebenarnya mempunyai banyak suku. Kira-kira 364 suku termasuk yang asalnya bukan Tamil kini menetap di Tamil Nadu. Setiap suku ini mempunyai asal-usul yang berlainan walaupun kini mempunyai bahasa ibunda yang sama. (Rujukan People of India Vol XL. Anthropological Survey of India)
18 suku Tamil bersifat keibuan (matrilineal), sama seperti suku Minangkabau di Nusantara. Contohnya suku Maravar, Illathu Pillaimar, Sonagar dan Nanjil Vellalar. Boleh dikatakan hampir kesemua suku keibuan adalah dari wilayah Pandya (selatan Tamil Nadu) dan Batticola (timur Sri Lanka).

Kebanyakan suku-suku Tamil mempunyai marga yang menjadi petanda keturunan. Mereka yang bersasal dari marga yang sama tidak boleh berkahwin sesama sendiri kerana mereka mempunyai pengasas keturunan ataupun moyang yang sama.
Suku-suku Kallar, Maravar dan Agamudayar dikumpulkan bersama sebagai satu konfederasi yang dikenali sebagai masyarakat Mukkulathor. Jumlah populasi masyarakat ini adalah mungkin 8 juta di seluruh dunia.
Mereka mempunyai 1,135 nama marga yang diwarisi melalui keturunan bapa sahaja. Di Malaysia, hampir 64 nama marga telah pun dikenal pasti oleh Persatuan Mukkulathor Lembah Klang.
Mereka mempunyai 1,135 nama marga yang diwarisi melalui keturunan bapa sahaja. Di Malaysia, hampir 64 nama marga telah pun dikenal pasti oleh Persatuan Mukkulathor Lembah Klang.
Masyarakat ini berasal dari kawasan Tamil Nadu selatan dan kampung-kampung halaman mereka adalah kebanyakannya di selatan Sungai Kaveri. Migrasi mereka ke Tanah Melayu berlaku semasa zaman British selepas tamatnya Peperangan Palayakkarar di India (1799-1805 SM).
Sebelum kedatangan British dan kuasa Eropah yang lain, Tamil Nadu dibahagikan kepada beberapa negeri yang berdaulat. Negeri Arcot, Negeri Madura, Negeri Ramnad (Sethu), Negeri Thanjavur, Negeri Pudukottai adalah antara yang terkenal.
Setiap negeri ini dibahagikan lagi kepada wilayah-wilayah yang mempunyai unit tenteranya yang tersendiri. Wilayah-wilayah bersifat ketenteraan (militarized provinces) ini dikenali sebagai Palayam dan ketuannya diberi gelaran Palayakkarar.

Palayakkarar etnik Tamil adalah dari masyarakat Mukkulathor. Palayakkarar etnik Telugu di Tamil Nadu adalah dari suku Tottiyar yang juga dikenali sebagai Naicker.
Selepas tewas kepada British, ramai Palayakarar dan panglima-panglima mereka beserta pendekar mereka dibuang negeri. Segelintir daripada mereka dihantar ke Pulau Pinang sebagai tahanan perang.
Selepas tewas kepada British, ramai Palayakarar dan panglima-panglima mereka beserta pendekar mereka dibuang negeri. Segelintir daripada mereka dihantar ke Pulau Pinang sebagai tahanan perang.
Beberapa dekad selepas itu, ramai orang dari masyarakat Mukkulathor berhijrah ke Tanah Melayu. Kebanyakan orang masyarakat ini tidak bekerja di estet getah seperti orang India yang lain.
Kebanyakan daripada mereka bekerja di pelabuhan, lombong arang, jabatan keretapi atau berniaga. Ramai keluarga Mukkulathor kini menetap di kawasan Lembah Klang.
Kebanyakan daripada mereka bekerja di pelabuhan, lombong arang, jabatan keretapi atau berniaga. Ramai keluarga Mukkulathor kini menetap di kawasan Lembah Klang.
4 daripada marga ini, iaitu Thevar, Servai, Nattar dan Ambalam adalah unik kerana mempunyai nama keturunan ibu yang dikenali sebagai kilai dan kelompok keturunan bapa yang dikenali sebagai karai. Jadi sekiranya seorang Thevar ingin berkahwin dengan perempuan Thevar yang lain, dia harus berlainan kilai dan berlainan karai.
Untuk menyeragamkan sistem pertalian di Malaysia, masyarakat Mukkulathor termasuk 4 marga unik di atas biasanya tidak akan berkahwin dengan mereka yang mempunyai nama marga yang sama.
Marga ayah saya adalah Thevar dan ibu saya adalah Kandapillai.
Marga ayah saya adalah Thevar dan ibu saya adalah Kandapillai.
![]() |
Raja Negeri Pudukottai, Martanda Bhairava Pallavarayar |
![]() |
Majlis Raja-raja selatan Tamil Nadu |
![]() |
Istana Negeri Ramnad, milik raja marga Sethupathi |
![]() |
Raja Ramnad, Bhaskara Sethupathi |
Antara bekas tokoh politik yang terkenal di Malaysa dari masyarakat Mukkulathor adalah mendiang Tun Sambanthan (marga Thevar), mendiang SA Ganapathy (marga Thevar), Tun Samy Velu (marga Nattar) dan Dato S.Subramaniam (marga Servai).
Setiap marga ini mempunyai sejarahnya. Misalnya, marga Kandapillai, Kandapiriyar dan Kandakili diasaskan oleh seorang panglima wilayah Chola yang bernama Kandar.
Marga Pallavarayar, Kalingarayar, Valangar, Sethibar dan Thondaiman adalah sebahagaian daripada 12 keluarga diraja dari kerajaan Pallava. Raja negeri Pudukottai adalah dari marga Thondaiman.
Marga Vandayar, Vanathirayar dan Vanakovayar dikatakan berasal dari orang-orang suku Bana yang berasimilasi dengan orang tempatan pada masa silam. Mereka adalah dari wilayah Chera. Mengikut teori sesetengah sejarahrawan, kaum Bana berasal dari Iran dan berhijrah ke India apabila kerajaan Parsi tumbang.

Raja wilayah Singampatti adalah dari marga Teerthapathi, Raja negeri Ramnad adalah dari marga Sethupathi, raja wilayah Urkadu adalah dari marga Sethurayar, raja wilayah Kallakottai adalah dari marga Singapuliyar, raja wilayah Poondi adalah dari marga Vandayar dan raja wilayah Gandarvakottai adalah dari marga Pandarathar.

Pelakon filem Tamil yang terkenal, mendiang Sivaji Ganesan adalah dari marga Mandrayar, manakala mendiang Manorama adalah dari marga Kilakkudaiyar.
Nama-nama marga ini tidak diketahui ramai di Malaysia kerana kebanyakan orang Mukkulathor kini tidak lagi menggunakan nama marga mereka secara terbuka. Ini adalah disebabkan oleh pengaruh pergerakan ideologi atheisme Dravidian yang menentang konsep marga, agama dan juga Tuhan dikalangan etnik Tamil.

Comments
Post a Comment